hohohoooo gadis ayu!!! lesung pipit di pipi...ayu..sungguh ayu..hekhek
Lubang pipi atau lebih dikenali sebagai lesung pipit adalah satu lekukan yang terdapat di pipi seseorang indvidu. Tak semua orang ada lesung pipit taw hanya orang2 yang tertentu saja yang akan memiliki lesung pipit ni..orang cakap mereka2 yang ada lesung pipit ni manis bila senyum heheee perasan pulak seketika ngeh3...dalam family aku kami adik beradik semua ada lesung pipit kecuali my adik yang bongsu..maybe gen
lesung pipit ayah kami ni dominant kot yang boleh turun kat anak2 plk..n klau xsalah sepupu2 aku sblah ayah kebanyakannya ada lesung pipit..ni mesti warisan tok or tok wan kami la kot untuk kami...thihihiiiii
nak tahu macam mana lesung pipit ni boleh terhasil??? mehh baca kat bawah ni mehh :)
Lesung pipit terjadi akibat variasi
otot muka yang dipanggil zygomaticus major. Kecacatan variasi berlaku pada
otot ini sepatutnya hanya mempunyai struktur tunggal dari tulang zygomatic.
Tulang ini membahagi kepada superior (bahagian atas tepi bibir) dan inferior
(bahagian bawah tepi bibir). Selain itu, faktor terjadinya lesung pipit
ini adalah kerana otot zygomaticus lebih pendek dari normal menyebabkan kulit
tertarik dan terbentuklah lekuk pada pipi...
Lesung pipit
atau lekuk kecik yang ada di pipi seseorang memang boleh menambah kecantikan
atau ketampanan seseorang itu. Namun tidak semua orang memiliki lesung pipit
ini....
Kenapa ada orang yang memiliki lesung pipit dan ada yang tidak ada? Beberapa
mesyarakat percaya dengan mitos bahawa lesung pipit ini boleh terbentuk
dengan cara menusukkan ujung cili ke pipi bayi....
Tapi ternyata mitos tersebut tidak benar kerana lesung pipit terjadi
akibat kelainan dari otot pipi yang diturunkan. Lesung pipit juga boleh
muncul di kedua2 pipi atau hanya sebelah pipi. Biasanya ia akan jelas nampak
bila seseorang itu sedang tersenyum, bercakap atau ketawa...
Ada orang memiliki lesung pipit yang dalam dan mudah dilihat, ada pula yang
nampak samar2 aje. Fenomena lesung pipit ini juga dipengaruhi oleh faktor
genetik dan diperlukan gen lesung pipit yang dominan.
Jika orang tua kita ada lesung pipit, maka kemungkinan ia akan diturunkan
kepada kita atau generasi kita yang akan datang. Biasanya 25 - 50% akan begitu.
Dipetik dari NCTimes, Rabu (29/12/2010) Dr. Joel Pessa, seorang ahli bedah
plastik di University of Texas Health Science Center dalam majalah yang
diterbitkan, jurnal Clinical Anatomy tahun 1998, menurutnya lesung pipit
adalah disebabkan oleh kecacatan dari otot zygomaticus utama......
Ketika seseorang tersenyum atau bercakap, maka ada daya tarik dari kulit yang
membuatkan lesung pipit tersebut muncul akibat dari efek penarikan kulit
tersebut. Hal ini diketahui setelah peneliti membedah anatomi wajah 50 mayat
yang memiliki lesung pipit.
ooooo lagu 2 nohhh baqu cheq tawww... hmmm
rupa2nya lesung pipit ni adalah satu kecacatan otot nohhh xpa2 kecacatan yang
cantik menawan gitteww..cacat2 pon ada jugak orang yang sanggup buat pembedahan
semata-mata nak wujudkan lesung pipit di wajah....aku tengok pon pelik
ja..xcaya try hampa google mesti ada punya... so sangat
beruntug siapa yang ada lesung pipit ni..jadi bersyukurlah dengan
pemberian Allah swt..lihat lah Allah maha besar walaupun cacat still nmpak
indah di mata manusia..
comel n manis kan senyuman Wawa Zainal dan Shah Rukh Khan ;)
Alhamdulillah. Kita ada lesung pipit. :')
ReplyDeleteshafikaamin..kita serupa..hikhik ;)
DeleteGet Paid Weekly http://www.linkbucks.com/kKm6
ReplyDelete