Monday 2 January 2012

BONCENG..

Membonceng bukan mahram boleh menyebabkan zina, oleh itu muliakan jiwa peliharalah maruah diri jangan disbbkan dh cinta, syg redah ikut suka... sekiranya suami isteri naik motor BOLEH. Tetapi, kalau setakat ber'couple' ke tunang ke dan belum nikah, HARAM hukumnya naik motor sama. Sebab apa HARAM ? Sebab apabila menaiki motor, posisi lelaki dan perempuan ketika di atas motor itu terlalu rapat antara satu sama lain. Sebab itu ramai couple yang akhirnya terangsang nafsu, lalu mereka beralih kepada tahap merapat tubuh dan berpelukan sambil menaiki motor.Ini didorong oleh posisi pasangan yang 'membuka kaki' di tempat duduk belakang yang menyamai posisi hubungan intim (seks).

Awek: Sejuk la bang malam-malam ni. Naik motor pulak tu..?

Boyfren: Oh..sayang sejuk ke...tahan OK...?

Awek: Abang punya pasal la ni, ajak orang keluar malam-malam..

Boyfren: Abang teringat satu petua orang lama, kalau nak kurangkan sejuk badan , kita kena peluk sesuatu benda..macam bantal gebu ke..
Awek: Kat sini mana ada bantal..?

Boyfren: Macam ni lah...sayang peluk abang kuat-kuat..

Awek: Dah peluk la ni..

Boyfren: Kuat lagi....rapatkan lagi badang sayang tu..

Syaitan: Yahoo..! Mission accomplished ! Satu lagi couple berjaya dimaksiatkan !

Sabda Nabi; “Jika kepala seseorang dari kamu ditusuk dengan jarum dari besi, itu lebih baik baginya dari ia menyentuh seorang wanita yang tidak halal untuknya” (Riwayat Imam at-Thabrani dan al-Baihaqi.)

No comments:

Post a Comment