Saturday 24 November 2012

ZUHUD

zuhud bukan bererti semata-mata tidak mahu memiliki harta dunia tetapi zuhud sebenarnya adalah pemikiran yang tidak mudah dipengaruhi oleh kesenangan duniawi dalam tujuan mengabdikan diri semata-mata kepada Allah s.w.t.

Pengertian zuhud seperti ini amat dekat dengan maksud firman Allah s.w.t yang bermaksud:“Supaya kamu tidak bersedih hati akan apa yang telah luput daripada kamu dan tidak pula bergembira dengan apa yang diberikan kepada kamu.”

Justeru, pemilikan harta benda tidak dilarang tetapi harta tersebut tidak boleh mempengaruhi seseorang dalam mendekatkan dirinya kepada Allah. Lebih jauh lagi, makna zuhud dalam kaitannya dengan akhlak Islamiah ialah bagaimana sikap batin seseorang itu dalam menghadapi dunia ini.

Perilaku zuhud menurut Prof. Dr. Hamka, ia tidak bererti eksklusif daripada kehidupan duniawi kerana Islam menganjurkan semangat berjuang, berkorban dan bekerja keras. Bagi Hamka, kekayaan hakiki ialah mencukupkan apa yang ada, sudi menerima walaupun banyak, sebab ia nikmat Allah. Dan tidak pula kecewa jika jumlahnya berkurang, sebab ia semua daripada Allah.Jika kekayaan melimpah untuk diri, ia perlu digunakan untuk membantu dalam perkara kebajikan dan membina keteguhan hati beribadah kepada Allah.

Harta tidak dicintai kerana dia harta. Harta hanya dicintai sebab ia adalah pemberian Allah. Terlampau menumpahkan cinta kepada harta benda semata-mata, menyebabkan buta daripada pertimbangan, sehingga hilang cinta kepada bangsa, tanah air, agama dan Allah sendiri. Zuhud bukan menghindar kenikmatan duniawi tetapi tidak meletakkan nilai yang tinggi padanya. Dan inilah definisi zuhud daripada Rasulullah s.a.w.

Bukanlah zuhud itu mengharamkan yang halal, bukan pula mensia-siakan harta, tetapi zuhud dalam dunia ialah engkau tidak memandang apa yang di tanganmu itu lebih utama daripada apa yang ada di sisi Allah. Kekayaan, kekuasaan da kemasyuran semuanya berubah, tidak tetap dan akhirnya anda harus ditinggalkan. Lalu apa yang ada di sisi Allah? Rahmat-Nya yang meliputi segala sesuatu.

“Apa yang ada padamu akan habis dan hilang lenyap, dan apa yang ada di sisi Allah tetap kekal (abadi)".(al-Nahl: 96)

Apa saja yang menyebabkan manusia memperoleh keredaan Allah yang mendekatkannya kepada Dia termasuk akhirat, walaupun hal-hal tersebut nampak seperti urusan dunia seperti perdagangan, pertanian dan industri. Kerajinan yang ditujukan bagi mendapatkan nafkah untuk keluarga, bersedekah untuk kesejahteraan orang miskin dan melarat, dan menghindar diri daripada kebergantungan kepada bantuan orang lain.  Semua kegiatan ini dimaksudkan untuk akhirat, walaupun ada yang menganggapnya untuk dunia. Sebaliknya, latihan-latihan disiplin kerohanian yang betentangan dengan sunnah, walaupun dilakukan dengan penuh kekhusyukan dan pengabdian, dihitung untuk dunia sahaja. Ini kerana tindakan itu menyebabkan pelakunya terasing daripada Allah s.w.t dan tidak membawa manusia lebih dekat kepada-Nya.

Orang zahid adalah orang yang hidup di dunia, tetap tidak meletakkan hatinya di dunia. Mereka bekerja di dunia untuk akhirat.

p/s:copy paste KLIK

No comments:

Post a Comment