Friday 23 August 2013

2013 AIDILFITRI :)

malam ni terajin pulak nak update blog ni setelah berbulan-bulan ditinggalakn..tadi pasal pizza ni pasal raya pulak..hehee

actually nak share gambar2 masa raya aritu ja..hihiii

ok kita mula kan dengan gambar masa 1 syawal..masa tangkap gambar ni dh nak dekat maghrib..baru sempat nak bergambor :)

this with kak lang adik no 3

hok ni pulak dgn adik last skli hmmm lawa spek hitam 2 haha :p

ni la adik2 ku..sorang lg ntah p mna xtaw besa la lelaki kan..

weeeee <3<3<3 love

ninnnnn dia adik kita yang soqang lagi...

copy paste or fotostet muka 2..haha sebijik muka mak..:D


yang ni plak raya ke 4..tggu bas sbb aku nk balik KL dah..huhuu sedih boleh raya 3 hari ja..:'( sadis gila
dalam dok tggu bas pon dan lg dok berposing ambik gambar hahaaaa

serius muka mak telefon sapa xtaw la xingat dah..

comey x kak Ton..kahkahkahkah :p

jangan lupa senyum2 selalu..senyum kan sedekah yang paling mudahh heeee :)

 haaaa ni akhirnya gambar ayah saya!!! bukan main susah lagi nak tangkap gambar ayah aku ni...ayah kata muka dia mahal xleh tangkap sembarangan haha..(ok mata mak terpejam sikit mohon maaf disitu)

2ja lah gmbar2 y sempat diambil...tahun depan klu umur panjang kita ambik gambar banyak2 lg..(^___~)y


Thursday 22 August 2013

HOMEMADE PIZZA

malam ni..ntah knapa tetiba terasa nak makan pizza...nak order dominos pizza malas..ni semua salah kafe y xbukak y mnjadikan aku kebuluran dan kelaparan di malam hari..bukak siang ja pkl 2 lebih lauk smua licin habis leaw..(nasib bukak kalu xbukak??haha)

sedapnya..telioq habaq hang!!!

yang ni pon sama sedap!!!

huhuhuuuuu slrpppp :p

seriously..meleleh ayaq liuoq cheqqq..kikikiiii

gambar2 ni semua y homemade pnya..nmpak lg sedap dari pizza hut or dominos pizza kan kan kan..hihiiii :D


mula2 nak order domino tp ntah mcm mna tetiba terlintas kat otak ni rasa nak buat pizza sendiqi..nak try tgok buat..nak tgok diri ni berbakat ke tidak dalam bidang masak memasak ni..huahua tp memandangkan diri ni kat kolej lagi kena tggu cuti duluuuuu kat sini nak buat pakai apa xdak kmudahan masak memasak..hehe then aku pon gigih mula la search resepi2 pizza yang ada dgn pak cik google ni..dan ini lah salah satu resepi yang dijumpai itu (skemanya haha). banyak lagi resepi2 lain klu nak boleh la cek dkat  link ni...dekat situ la aku dapat resepinya...nak mencipta sendiri mmg den tak reti la kan..haha

apa2 pon jom tgok resepi pizza 2..cekidiauuttt klu berminat boleh la cuba yerrr hekhek (^___~)y

BAHAN-BAHAN DOH PIZZA 

300 g tepung gandum
6 g instat yeast
20 g mentega
10 g gula halus
1 camca teh bread improver (optional)
1/4 camca teh garam
1 1/2 camca besar madu
170 ml air
Sedikit tepung untuk ditabur

BAHAN-BAHAN PIZZA GEBU :-)
4 batang sosej ayam "ayamas", hiris serong
4 hirisan gegelang red capsicum
4 hirisn gegelang yellow capsicum
4 hirisan gegelang green capsicum
1 biji bawang besar, hiris bulat (optional)
175 g keju mozzarella, hiris nipis2
Sos tomato dalam botol secukupnya
4 camca besar mayonnaise

CARA MEMBUATNYA 

UNTUK DOH PIZZA :
  •  Satukan semua bahan untuk doh dalam satu bekas, kecuali mentega dan tepung untuk ditabur, gaul rata hingga bersatu. Tambah mentega dan terus meggaul hingga menjadi doh yang kenyal, jika melekit, tambah sedikit tepung. Kemudian bulat2kan dan biar 45 minit hingga naik sekali ganda. KAEDAH LAIN :-Masukkan semua bahan untuk dok kecuali tepung untuk ditabur, ke dalam bread maker, pilih setting untuk doh dan tekan "ON", buat hingga siap.

UNTUK PIZZA GEBU

  • Panaskan oven pada suhu 190C, sediakan 2 dulang pizza berukuran 9 inci, sapu dengan sedikit mentega. Ketepikan. Keluarkan doh, bahagikan doh tadi kepada 2 bahagian sama besar. Ambil satu, tabur sedikit tepung dan canai bulat. Alihkan ke dalam dulang pizza, tekan2 dengan hujung jari hingga memenuhi dulang tadi dan biarkan kelilingnya sedikit tebal. Letak 2 camca besar mayonnaise, ratakan dan letak pula sos tomato, ratakan. Susun bahan untuk pizza atasnya (buat 2 bahagian) dan diakhiri dengan keju mozzarella. Bakar 20 - 25 minit hingga keju mencair dan roti kelihatan kuning keemasan. Keluarkan dari oven dan hidangkan segera bersama sos kegemaran. Buat kaedah sama juga untuk satu bahagian lagi..

nanti2 klu dah try aku upload gambar pizza hasil air tangan aku 2..haha InsyaAllah :)

Sunday 13 January 2013

IMBANGAN PEMBAYARAN

Imbangan Pembayaran adalah akaun yang mencatatkan urusniaga ekonomi antarabangsa dia antara sesebuah negara dengan negara yang lain bagi satu-satu jangka masa yang tertentu, biasanya setahun. Imbangan  Pembayaran berada dalam keadaan lebihan jika penerimaan tukaran asing melebihi pembayaran tukaran. Menyebabkan berlakunya pengumpulan dalam cadangan luar negeri.Sekiranya penerimaan tukaran asing kurang dari pembayaran maka cadangan akan jadi makin berkurangan. Kedudukan lebihan dalam imbangan pembayaran adalah penting bagi negara2 yang berdagang.Sekiranya kedudukan ekonomi tidak kukuh boleh menjejaskan keteguhan mata wang negara pada masa depan.

Komponen2 dalam Imbangan Pembayaran adalah:
i)imbangan dagangan
ii)imbangan perkhidmatan
iii)imbangan akaun semasa
iv)imbangan modal jangka masa panjang
v)imbangan asas
vi)imbangan keseluruhan

i) IMBANGAN DAGANGAN-perbezaan nilai antara eksport dengan import yang dinilai pada harga f.o.b (free on board) iaitu kos pengangkutan dan insurans tidak di ambil kira dalam nilai eksport dan import.

ii) IMBANGAN PERKHIDMATAN-imbangan perkhidmatan Malaysia sentiasa berada pada paras negatif hal ini menunjukkan Malaysia mengimport perkhidmatan lebih banyak daripada mengeksport.Jenis-jenis perkhidmatan adalah

  • tambang dan insyurans
  • perjalanan
  • pendapatan pelaburan
  • urusniaga kerajaan

iii) IMBANGAN AKAUN SEMASA-meliputi 3 jenis akaun iaitu akaun dagangan, akaun perkhidmatan dan akaun pindahan. Akaun pindahan di bahagikan kepada 2 iaitu pindahan kerjaan dan pindahan swasta. Imbangan akaun semasa menunjukkan nilai pertukaran bersih barang-barang dan perkhidmatan bagi harta-harta kewangan dan pindahan bersihharta bukan kewangan.

iv) IMBANGAN MODAL JANGKA PANJANG-terdapat 2 jenis aliran iaitu modal jangka panjang rasmi dan pelaburan korporat. Modal angka panjang rasmi terdiri daripada pinjaman yang di peroleh oleh kerajaan dan institusi2 kerajaan serta syarikat2 milik kerajaan dari uar negeri dan bayaran2 balik  ke atas pinjaman2 yang di buat pada masa lepas. Pelaburan korporat pula adalah pelaburan asing yang masuk ke dalam negeri dan pelaburan yang di buat syarikat2 Malaysia di luar negeri.

v) IMBANGAN ASAS-wujud hasil daripada campuran  antara imbangan akaun semasa dengan imbangan modal jangka panjang..

vi) IMBANGAN KESELURUHAN-di peroleh dengan mencampurkan imbangan asas dengan modal swasta  bersih serta kesilapan  dan ketinggalan. jika nilai imbangan pembayaran positif beerti imbangan pembayaran menguntungkan dan jika negatif imbangan pembayaran tidak menguntungkan atau berada dalam keadaan defisit.