Sunday 13 January 2013

IMBANGAN PEMBAYARAN

Imbangan Pembayaran adalah akaun yang mencatatkan urusniaga ekonomi antarabangsa dia antara sesebuah negara dengan negara yang lain bagi satu-satu jangka masa yang tertentu, biasanya setahun. Imbangan  Pembayaran berada dalam keadaan lebihan jika penerimaan tukaran asing melebihi pembayaran tukaran. Menyebabkan berlakunya pengumpulan dalam cadangan luar negeri.Sekiranya penerimaan tukaran asing kurang dari pembayaran maka cadangan akan jadi makin berkurangan. Kedudukan lebihan dalam imbangan pembayaran adalah penting bagi negara2 yang berdagang.Sekiranya kedudukan ekonomi tidak kukuh boleh menjejaskan keteguhan mata wang negara pada masa depan.

Komponen2 dalam Imbangan Pembayaran adalah:
i)imbangan dagangan
ii)imbangan perkhidmatan
iii)imbangan akaun semasa
iv)imbangan modal jangka masa panjang
v)imbangan asas
vi)imbangan keseluruhan

i) IMBANGAN DAGANGAN-perbezaan nilai antara eksport dengan import yang dinilai pada harga f.o.b (free on board) iaitu kos pengangkutan dan insurans tidak di ambil kira dalam nilai eksport dan import.

ii) IMBANGAN PERKHIDMATAN-imbangan perkhidmatan Malaysia sentiasa berada pada paras negatif hal ini menunjukkan Malaysia mengimport perkhidmatan lebih banyak daripada mengeksport.Jenis-jenis perkhidmatan adalah

  • tambang dan insyurans
  • perjalanan
  • pendapatan pelaburan
  • urusniaga kerajaan

iii) IMBANGAN AKAUN SEMASA-meliputi 3 jenis akaun iaitu akaun dagangan, akaun perkhidmatan dan akaun pindahan. Akaun pindahan di bahagikan kepada 2 iaitu pindahan kerjaan dan pindahan swasta. Imbangan akaun semasa menunjukkan nilai pertukaran bersih barang-barang dan perkhidmatan bagi harta-harta kewangan dan pindahan bersihharta bukan kewangan.

iv) IMBANGAN MODAL JANGKA PANJANG-terdapat 2 jenis aliran iaitu modal jangka panjang rasmi dan pelaburan korporat. Modal angka panjang rasmi terdiri daripada pinjaman yang di peroleh oleh kerajaan dan institusi2 kerajaan serta syarikat2 milik kerajaan dari uar negeri dan bayaran2 balik  ke atas pinjaman2 yang di buat pada masa lepas. Pelaburan korporat pula adalah pelaburan asing yang masuk ke dalam negeri dan pelaburan yang di buat syarikat2 Malaysia di luar negeri.

v) IMBANGAN ASAS-wujud hasil daripada campuran  antara imbangan akaun semasa dengan imbangan modal jangka panjang..

vi) IMBANGAN KESELURUHAN-di peroleh dengan mencampurkan imbangan asas dengan modal swasta  bersih serta kesilapan  dan ketinggalan. jika nilai imbangan pembayaran positif beerti imbangan pembayaran menguntungkan dan jika negatif imbangan pembayaran tidak menguntungkan atau berada dalam keadaan defisit.