Monday 26 November 2012

MUHASABAH DIRI

hidup ni penuh dengan cabaran dan dugaan...itu bukti Allah sayang kita...menguji sejauh mana tahap kesabaran dan ketakwaan kita padaNya...tapi sayang kita selalu lupa..tak setia dengan Dia..mngejar dunia semata hingga terlupa matlamat sebenar kehidupan di dunia...

PENCARIAN

kadang ku tersesat tercari cari
kebenaran hidup di dunia ini
tak siapa tahu tak siapa peduli
hanya pentingkan duniawi

hanya Kau setia menemani
setiap jalan Engkau iringi
memberi pertolongan dan perlindungan
di saat memerlukan bimbingan

dalam menacari ku di uji
menduga ketakwaan diri
dengan bantuan Mu ku temui
erti hidup yang sejati
membuka jalan bukan lagi fantasi

Engkaulah yang maha menyayangi
Engkaulah yang maha mengetahui
Engkaulah pemilik alam ini
segala puji pujian ke hadrat Ilahi

Ya Allah...
tetapkan hati ini
peliharalah iman dan aqidah kami
dari tersesat mencari jalan
yang penuh dugaan dan cabaran

Ya Allah...
ampuni segala dosa
khilaf yang ku lakukan
kepada Mu ku kembali
dalam sujud ku panjatkan

Ya Allah...
berikan cahaya Mu
setiap insan dambakan
menyuluh semua kebebenaran
agar tak tersesat dalam pencarian

by: athirah jamaluddin

fuyyoooo terer gak noh aku karang sajak...
bakat terpendam ni...heheheeeee :D

Saturday 24 November 2012

ZUHUD

zuhud bukan bererti semata-mata tidak mahu memiliki harta dunia tetapi zuhud sebenarnya adalah pemikiran yang tidak mudah dipengaruhi oleh kesenangan duniawi dalam tujuan mengabdikan diri semata-mata kepada Allah s.w.t.

Pengertian zuhud seperti ini amat dekat dengan maksud firman Allah s.w.t yang bermaksud:“Supaya kamu tidak bersedih hati akan apa yang telah luput daripada kamu dan tidak pula bergembira dengan apa yang diberikan kepada kamu.”

Justeru, pemilikan harta benda tidak dilarang tetapi harta tersebut tidak boleh mempengaruhi seseorang dalam mendekatkan dirinya kepada Allah. Lebih jauh lagi, makna zuhud dalam kaitannya dengan akhlak Islamiah ialah bagaimana sikap batin seseorang itu dalam menghadapi dunia ini.

Perilaku zuhud menurut Prof. Dr. Hamka, ia tidak bererti eksklusif daripada kehidupan duniawi kerana Islam menganjurkan semangat berjuang, berkorban dan bekerja keras. Bagi Hamka, kekayaan hakiki ialah mencukupkan apa yang ada, sudi menerima walaupun banyak, sebab ia nikmat Allah. Dan tidak pula kecewa jika jumlahnya berkurang, sebab ia semua daripada Allah.Jika kekayaan melimpah untuk diri, ia perlu digunakan untuk membantu dalam perkara kebajikan dan membina keteguhan hati beribadah kepada Allah.

Harta tidak dicintai kerana dia harta. Harta hanya dicintai sebab ia adalah pemberian Allah. Terlampau menumpahkan cinta kepada harta benda semata-mata, menyebabkan buta daripada pertimbangan, sehingga hilang cinta kepada bangsa, tanah air, agama dan Allah sendiri. Zuhud bukan menghindar kenikmatan duniawi tetapi tidak meletakkan nilai yang tinggi padanya. Dan inilah definisi zuhud daripada Rasulullah s.a.w.

Bukanlah zuhud itu mengharamkan yang halal, bukan pula mensia-siakan harta, tetapi zuhud dalam dunia ialah engkau tidak memandang apa yang di tanganmu itu lebih utama daripada apa yang ada di sisi Allah. Kekayaan, kekuasaan da kemasyuran semuanya berubah, tidak tetap dan akhirnya anda harus ditinggalkan. Lalu apa yang ada di sisi Allah? Rahmat-Nya yang meliputi segala sesuatu.

“Apa yang ada padamu akan habis dan hilang lenyap, dan apa yang ada di sisi Allah tetap kekal (abadi)".(al-Nahl: 96)

Apa saja yang menyebabkan manusia memperoleh keredaan Allah yang mendekatkannya kepada Dia termasuk akhirat, walaupun hal-hal tersebut nampak seperti urusan dunia seperti perdagangan, pertanian dan industri. Kerajinan yang ditujukan bagi mendapatkan nafkah untuk keluarga, bersedekah untuk kesejahteraan orang miskin dan melarat, dan menghindar diri daripada kebergantungan kepada bantuan orang lain.  Semua kegiatan ini dimaksudkan untuk akhirat, walaupun ada yang menganggapnya untuk dunia. Sebaliknya, latihan-latihan disiplin kerohanian yang betentangan dengan sunnah, walaupun dilakukan dengan penuh kekhusyukan dan pengabdian, dihitung untuk dunia sahaja. Ini kerana tindakan itu menyebabkan pelakunya terasing daripada Allah s.w.t dan tidak membawa manusia lebih dekat kepada-Nya.

Orang zahid adalah orang yang hidup di dunia, tetap tidak meletakkan hatinya di dunia. Mereka bekerja di dunia untuk akhirat.

p/s:copy paste KLIK

Tuesday 20 November 2012

PENGALAMAN DEMI PENGALAMAN

alhamdulillah..pagi tdi pkl 6 pagi tpat aku sampai kat hentian kajang....spnjang pjlanan aku tidoq ja...sdaq2 dah sampai hahaaa atas bas pon kusyuk noh aku tido...hehe kusyuk pon boleh....:) nsib baik x jadi macam time nak blik sini masa cuti raya aji qe2....huuuu satu pngalaman baru aku dpt....boleh tahan gak la best dia...ha nak taw dak apa y best nya....hrmmm aritu... klu ikut kan aku balik naik bas jelita pkl 11.30 kat sungai petani...tp yang bestnya tggu pnya tggu smpai pkl 11.30 bas xsampai2...p tnya kat kaunter bas 2 dia kata dlm 15 minit g bas sampai xpa la...tggu g...30 minit pas 2 xmai2 gak dok tanya sampai bapa kli dah ayat dia sama ja...15 minit g bas sampai...eiiii time Tuhan ja taw mcmna grmnya aku ni.....mak ayah aku pon gram gak adik aku yang laki 2 siap kata mnyesal ikut hantaq aku...last2 taw dak pkl bapa smpai...pkl3 kot bapa jam tggu...kami sampai sblom pkl 11 ...haaaa ampa kira la sndiqi bapa jam aku congok dok tggu kat situ dri oqg beduyun sampai xdak org la aku tggu...
y lagi sakit hati bkn bas jelita yang mai...tp super duper jelita pnya....hampa tau bas apa...nin dia bas skolah mari....aku qasa bas skolah yang aku dok naik masa zaman skolah dulu lagi canggih kot...yang ni huh sqopa hidup segan mati xmau...dok tggu masa ja nak ko...bayangakan camna...dari sungai petani sampai kajang 2....macam2 bunyi dok ada...nasib ingat esok 2 ada klas ja...aku naik gak...pkl bapa baqu sampai dkat pkl 11pg gak la...yang ada exam 2 xtau la camna cerita...2 kali dah aku kna...yang stu g 2 ok sikit cuma tmpat duduk ja bmasalah..ada org lain duduk seat aku 2..nsib ada seat kosong g..aku dok kat situ la...ada sorang kna trun xleh naik sbb tmpt duduk xdak....hmmmm mcm2...tp 2la org kata pgalamn..pahit manis d perantauan dalam dugaan menuntut ilmu....nnt boleh p crita kat anak cucu kan...hampa ada...;)

Wednesday 7 November 2012

CIK RUMATE

skang ni nak bercerita pasal cik rumate aku...sbb apa aku tetiba nak cita pasal cik rumate aku ni...
sbb cik rumate aku ni asyik2 dok tanya aku "dah cita pasal rumate blom kat blog?" haaaaaa untuk tidak menghampakan harapannya yang setinggi gunung 2...maka arini bmulalah penceritaan pasal cik rumate aku 2...ewahhhhh kalau dia baca ni konfem kembang hahaaa

cik rumate aku yang ni adlah rumate aku yang kedua selama berada di UKM ni...mmndangkan dah masuk tahun baru semester baru so bilik kna tukar baru,blok pon baru taw n rumate pon dpat hat baru punya...huhuuu terpaksa la bpisah dgn rumate aku yang sblom ni...stelah selama hampir setahun hidup bersama, berkongsi bilik n tidur bersama2 tp katil asing2 la...haha akhirnya kami terpaksa berpisah jua...sob2 sedih :'(
walaupon dah berpisah kami still keep in touch...sllu gak la jumpa kdang aku p bilik dia kdang2 dia mai bilik aku... g pon kami dok sebelah mnyebelah ja..dr berrumate jd berjiran pulak hehe bunyi mcm terpisah jauh antara benua lautan ja td..hihiiiii ehehhhh..panjang plak mukadimah dia yerrr

berbalik kpda crita asal...cik rumate baru aku ni nmanya izza tika binti samit @ zakaria...haa nak taw camna aku boleh taw nma pnuh dia..aku curi2 usha tgok buku dia td...hohooooo....nak taw x cik rumate aku ni budak kejut kot...chemical enginering...wuhuuuuuuu...slidik pnya slidik org jawa rupanya...orgnya mmg rajin study...nak banding aku ngan dia mmg rajin aku lg la...hahaa nak dkat 3 bln dah dok ngan dia...cik rumate ni mmg bnyak ckp compare ngan aku ni...pendiam sikit orgnya...hinqaq kat sini ja...huihuihuiii...

ok yang nak critanya sbnarnya ni...

alkisah tersebut la satu kisah di satu malam yang dingin n sejuk hujan renyai2 plus salji (tambah ja 2) cik rumate aku ni merungut lapar...aku sruh p kafe beli mkan xmaw nak makn meggi katanya....mals nk trun lettew..tp stok meggi xdak...kebetulan aku baru ja bli...bg la kat dia satu..cik rumate ni xmau mulanya sbb aku xrasmi g meggi 2...mmndangkan aku ni mmg baik hati aku nak bgi jgak..then cik rumate ni tnya
 "meggi ape? klu mummy izza xmkn..." demand plk dia.hahaaa
"ruski" meloncat dia ckp nak...hahaaa lawak btul  cik rumate aku sorang ni...
 tp last2 dia xmkn aku plak yang mkn lapar dia pindah kat aku la kot...

tgah aku dok syok mlayan kelazatan meggi ruski sambil berFBooking n ber TWITtering cik rumate aku ni boleh plak  cipta satu lagu ni...tersedak aku yang dok tgah makan ni..nak tau ik rumate aku ni cipta lagu apa..meh sini dengar sama2...

"bangun pagi gosok gigi makan meggi cap ruski...
gigi sihat badan kuat dgn maggi cap ruski.."

haaaa amacam sedap x lagu ciptaan cik rumate aku tu..?huhuuu lpas ni jom la reramai pakat serbu bli meggi ruski lpas sbulan penggunaan gigi akn jd sihat badan pon bertambah kuat...ngeh3...:p

Tuesday 6 November 2012

ALAHAI MESIN

hari ni aku bangun awal...huhuhuu
taw sebab apa?seeeeeebaaaaaaaaaaaabbbb jeng jeng jeng..(bajet mcm bunyi dlm game zombie vs plant ;p) 
aku nak pegi basuh baju ja pon..haha saspen tak kihkih serupa org mereng dah aku ni..hehe
ok berbalik kpd crita basuh baju td 2...pagi td dgn gigihnya aku bngun awal semata2 nak pegi mmbasuh baju2 y lbih kurang smggu tak terbasuh2...bkan sbb mlas taw tp...sbb xdak masa student la katakan..plus kehujanan yang sering melanda di bumi UKM ini lg..klu basuh maw 3 4 hari baru kering..tp smua 2 alasan semata2...lpas 2 aku pon kmpul la baju2 yang nak dibasuh..lps smua baju dah tkumpul dgn mamai2nya (over) trun la aku ni ke dobi y disediakan oleh pihak kolej kediaman aku ni...
bila dah sampai kat situ...pergh...ramai gla...bersusun2 baldi kat dpn mesin2 tu...tanda bukan aku sorang ja yang mlas bsuh bju ok...pas 2 aku pon cek la satu2 mesin 2 kot2 ada yang dah habih basuh...then tjumpa la satu mesin ni mmg dah abeh guna tp tuan punya baju 2 xmbik lagi...aku pon tggu la...lama kot aku tggu xmai2 haisshhh!!!..bila hati dah malas nk mnunggu aku tolong la mengangkat baju2 2...bla dah slsai smuanya...baju aku pon dah slmat masuk ke dlm mesin...then aku balik..malas den nak nunggu lama2 kat situ...balik 2 dgn snyuman yang xlekang dibibir sbb bju2 yang tak terbasuh dah berjaya dibasuh...heeeeee :))
dlm stgh jam cam 2..aku pon trun la balik nak mbik baju 2...p2 tgok...astaghfirullahal'azim sabun pnuh melekat kat bju2 2...eeeiiii geramnya...rasa cam nak gigit2 ja mesin 2 (gigi tlebih kalsium ka yang kuat tlebih 2)...tp nasib baik tauke dia ada..klu x innalillah dh mesin 2...dia squh aku tkaq mesin duit pon dia gnti balik..nasib baik ganti klu xgnti dgn mesin2 dgn tauke2 dia skali aku karate...(macam berani ja bunyi)
huhuhu rupa2nya mesin 2 bocor sbb duit syiling lekat dkt dlm...mcam na aku taw...haaaaaaaaa 
tauke 2 la yang bagi taw xkan aku nak p pomen mesin 2kot cari punca sbb berlakunya masalah tersebut...
emmm sapa punya qeja la kan...len kali sblom nak basuh baju...cek dlu poket 2 kot2 ada duit syiling yang tersesat kat dlm...melekat kat dlm mesin nnt naya...kesian kat mangsa mcm aku ni..dah la bilik dok kat tingkat 4 nuhh pagi ni ja xtaw dah bapa kali qeja dok trun nek tangga...xsampai mlm lagi 2...klu sllu camni...boleh kurus aku..xyah makn jusmate 5,herbalife smua 2dah...balik2 rumah mak ayah konfem tkjut...huhuuuu :p

sekurang2nya dpat bersenam sikit untuk org yang malas nak bersenam cam aku ni...huhuu
otak sihat badan cergas..^^