Wednesday 30 April 2014

BISKUT LIDAH KUCING

Assalamualaikum...

harini nak share resepi biskut lidah kucing..

tadi dok search2 ternaik pulak biskut lidah kucing then aku pon try la bukak..nak tengok biskut lidah kucing ni macam mna??mcm pelik ja..ada masukkan lidah kucing ke dalm resepi dia..hohohoooo tak kan pula..kesian kucing2 habis lidah orang potong nak buat biskut ngehngehngeh...

Baca punya baca rupa-rupa nya biskut ni tengah hot seettapp famous amosss gittew..ramai orang dok tergila2 buat biskut ni..tgok warna dia pon macam menarik ja..warna warni Malaysia ku gemilang ayuh tunjukkan simbol perpaduan

Dah la merepek benor aku ni jom tgok resepi biskut lidah kucing tu..
semua resepi n gambar2 tu semua aku ambik dari blog citarasawan dengan Mama Darwiish tq :)


Resepi Lidah Kucing Rainbow

250 gm butter
175 gm gula kastor
100 ml putih telur
200 gm tepung gandum
50 gm tepung jagung
1/4 sudu teh emplex
6 warna berbeza (merah,oren,kuning,hijau,biru,purple)

Dulang khas lidah kucig rainbow
(boleh beli di kedai2 bakeri, banyak saiz, harga RM22++)
Cara-cara
1. Griskan loyang dengan sedikit butter

2. Ayak tepung jagung, tepung gandum dan emplex, ketepikan.

3. Dalam mixer pukul mentega dan gula hingga berkrim.
Masukkan putih telur sedikit demi sedikit dan putar hingga sebati.
Masukkan tepung dan kaup balik dengan spatula hiungga rata.

4.Bahagikan adunan kepada beberapa bahaagian.Letakkan pewarna untuk setiap bahagian.Letak setitik kecil sahaja kerana warna akan memekat pada biskut yg telah masak.


5.Masukkan dalam piping bag atau bag plastik untuk setiap warna berlainan.
Potong hujung muncung bag plastik atau piping bag kecil.
Paipkan atas loyang lidah kucing.
Jangan paipkan terlampau penuh kerana aduna akan mengembang bila dibakar


 6. Bakar dalam oven pada suhu 150 C selama 15 ~ 20 minit.
Jaga jangan sampai keperangan dan hangus.
Biarkan sejuk sebelum di simpan di dalam bekas kedap udara.





haaa lebih kurang macam tu la..menarik kan?? aku pon tertarik tengok warna warna dia tu..macam sodaaappp jo..aku pon xcuba buat lagi ni  insyaAllah nanti bila-bila berkelapangan boleh la nak try..

biskut ni pon sesui kalau nak dijadikan sebagai salah satu koleksi juadah raya nanti..hehe apa2 pon selamat mencuba..bye.. :)

Thursday 17 April 2014

GA NURUL YUI COLLECTION


Jom join GA Nurul Yui Collection..mana taw kot2 boleh dapat hadiah set pisau kitchen king 6ps or topup RM5...
sapa yang nak bagi kat kita saja2 kan kalau kita tak usaha nak dapatkan..hehe bak kata pepatah untung sabut timbul untung batu tenggelam n tuah ayam nampak ditaji tuah manusia sapa yang tahu kennnn hehe

macam mna nak join...senang ja..just tekan banner dekat atas untuk maklumat lanjut yer..

tarikh tutup 24/07/2014
 jangan risau sempat lagi 2 nak join hehe jom2...

ehemmm2 jngan lupa follow saya n tinggalkan jejak yer nanti saya follow balik..hekhek (^_~)y

Monday 14 April 2014

BLOGWALKING: SIAPA TAKUT KATAK BOLEH FOLLOW SAYA

Assalamualaikum dan salam sejahtera...(^_^)

kepada siapa2 yang berkelapangan jom la join blogwalking ni exspecially kepada mereka2 yang takut/geli dengan katak hehe

kepada yang tak takut or tak geli dengan katak 2 boleh jugak kalau nak join..hik


p/s: Tak takut kalu katak 2 just stay kat tempat 2 saja..tp kalau dah melompat2 hilang jugak la anak tekak ni..xcukup tanah rasanya lari..heheee

Wednesday 9 April 2014

LUBANG PIPI YANG MENARIK

hohohoooo gadis ayu!!! lesung pipit di pipi...ayu..sungguh ayu..hekhek

Lubang pipi atau lebih dikenali sebagai lesung pipit adalah satu lekukan yang terdapat di pipi seseorang indvidu. Tak semua orang ada lesung pipit taw hanya orang2 yang tertentu saja yang akan memiliki lesung pipit ni..orang cakap mereka2 yang ada lesung pipit ni manis bila senyum heheee perasan pulak seketika ngeh3...dalam family aku kami adik beradik semua ada lesung pipit kecuali my adik yang bongsu..maybe gen
lesung pipit ayah kami ni dominant kot yang boleh turun kat anak2 plk..n klau xsalah sepupu2 aku sblah ayah kebanyakannya ada lesung pipit..ni mesti warisan tok or tok wan kami la kot untuk kami...thihihiiiii

nak tahu macam mana lesung pipit ni boleh terhasil??? mehh baca kat bawah ni mehh :)

 Lesung pipit terjadi akibat variasi otot muka yang dipanggil zygomaticus major. Kecacatan variasi berlaku pada otot ini sepatutnya hanya mempunyai struktur tunggal dari tulang zygomatic. Tulang ini membahagi kepada superior (bahagian atas tepi bibir) dan inferior (bahagian bawah tepi bibir). Selain itu, faktor terjadinya lesung pipit ini adalah kerana otot zygomaticus lebih pendek dari normal menyebabkan kulit tertarik dan terbentuklah lekuk pada pipi...

Lesung pipit atau lekuk kecik yang ada di pipi seseorang memang boleh menambah kecantikan atau ketampanan seseorang itu. Namun tidak semua orang memiliki lesung pipit ini.... 


Kenapa ada orang yang memiliki lesung pipit dan ada yang tidak ada? Beberapa mesyarakat percaya dengan mitos bahawa lesung pipit ini boleh terbentuk dengan cara menusukkan ujung cili ke pipi bayi.... 
Tapi ternyata mitos tersebut tidak benar kerana lesung pipit terjadi akibat kelainan dari otot pipi yang diturunkan. Lesung pipit juga boleh muncul di kedua2 pipi atau hanya sebelah pipi. Biasanya ia akan jelas nampak bila seseorang itu sedang tersenyum, bercakap atau ketawa...


Ada orang memiliki lesung pipit yang dalam dan mudah dilihat, ada pula yang nampak samar2 aje. Fenomena lesung pipit ini juga dipengaruhi oleh faktor genetik dan diperlukan gen lesung pipit yang dominan. 
Jika orang tua kita ada lesung pipit, maka kemungkinan ia akan diturunkan kepada kita atau generasi kita yang akan datang. Biasanya 25 - 50% akan begitu.

  
Dipetik dari NCTimes, Rabu (29/12/2010) Dr. Joel Pessa, seorang ahli bedah plastik di University of Texas Health Science Center dalam majalah yang diterbitkan, jurnal Clinical Anatomy tahun 1998, menurutnya lesung pipit adalah disebabkan oleh kecacatan dari otot zygomaticus utama...... 
Ketika seseorang tersenyum atau bercakap, maka ada daya tarik dari kulit yang membuatkan lesung pipit tersebut muncul akibat dari efek penarikan kulit tersebut. Hal ini diketahui setelah peneliti membedah anatomi wajah 50 mayat yang memiliki lesung pipit.


ooooo lagu 2 nohhh baqu cheq tawww... hmmm rupa2nya lesung pipit ni adalah satu kecacatan otot nohhh xpa2 kecacatan yang cantik menawan gitteww..cacat2 pon ada jugak orang yang sanggup buat pembedahan semata-mata nak wujudkan lesung pipit di wajah....aku tengok pon pelik ja..xcaya try hampa google mesti ada punya... so sangat beruntug siapa yang ada lesung pipit ni..jadi bersyukurlah dengan pemberian Allah swt..lihat lah Allah maha besar walaupun cacat still nmpak indah di mata manusia..





comel n manis kan senyuman Wawa Zainal dan Shah Rukh Khan ;)

BUNGA-BUNGA CINTA DI KEDAH

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Maybe ramai dah tahu or belum tahu tentang negeri Kedah yang sedang dilanda oleh musim bunga...ala2 macam dekat Jepun 2 musim bunga sakura 

Kalau nak tahu nama saintifik untuk pokok ni adalah Tabelbuia Rosea haaaa kerlasss gitteww nama dia. Pokok ini di tanam di tepi2 jalan sebagai hiasan dan juga penghadang angin. Tapi yang paling menarik pokok ni berbunga serentak dengan waktu Bunga Sakura mekar..so dah xpayah la susah2 nak ke Jepun, Korea...oversea bagai sebab dekat Malaysia pon dah ada..sebenarnya bukan hanya di Kedah tetapi seluruh Malaysia sedang dilanda dengan musim bunga ini. walaubagaimanapun pokok tersebut berbunga lebih meriah di Kedah dan terdapat beberapa warna seperti putih, ungu dan kuning.

Pokok ini sebenarnya telah lama ditanam dan mengeluarkan bunga tetapi akhir2 ini saja bunga yang dikeluarkan meliputi dan memenuhi pokok dan menyebabkan ia menghasilkan satu pemandangan yang menarik. Ia dipercayai mengeluarkan bunga yang sebegitu banyak setelah beberapa ketika dilanda musim kemarau. Jika dlihat dari segi keindahan yang terhasil daripada bunga2 tersebut tidak mustahil untuk ia djadikan sebagai salah satu produk pelancongan negeri Kedah untuk menarik lebih ramai lagi pelancong. Perkara ini secara tidak langsung boleh meningkatkan pendapatan negeri dan memajukan lagi sektor pelancongan negeri Kedah. Selepas itu banyak lah peluang2 pekerjaan yang terhasil untuk rakyat tempatan ceburi dan terokai. Kadar pengangguran pon boleh dikurangkan (cewahhh mentang2 student ekonomi semua benda nak kait dengan ekonomi nohhh hihi). 

dah la jom saksikan koleksi keindahan bunga-bunga cinta di Kedah pulak..:D











teringat waktu belajar di Kolej Matrikulasi Perlis dulu..ramai student ambil peluang tangkap gambar di bawah pepohonan yang berbunga-bunga ni..

:: Gambar2 adalah bersumberkan dari pak cik google dan kredit kepada pemilik2 gambar

Thursday 20 March 2014

PELANCONGAN DAN KESANNYA

Sektor Pelancongan merupakan salah satu penyumbang utama kepada pendapatan dan pembangunan ekonomi negara. Menurut (Cheater, 1995) industri pelancongan merupakan industri yang paling pantas berkembang di dunia serta mempengaruhi pelbagai aspek di dunia meliputi sosio-politik, kewangan dan juga ekologi. Laporan United Nation World Tourism Organization (UNWTO) menyatakan pada tahun 2011, industri ini telah menerima sejumlah 983 juta ketibaan pelancong dan menyumbang sejumlah USD1,030 billion kepada pendapatan dunia. Kepentngan jumlah kedatangan dan pendapatan yang tinggi ini kebanyakan negara termasuk Malaysia berusaha meningkatkan ketibaan dan pendapatan pelancongan masing-masing melalui pembangunan produk-produk pelancongan yang dimiliki. Tahun melawat Malaysia yang pertama telah dilancarkan oleh kerajaan Malaysia pada tahun 1990. Setelah itu, jumlah pelancong yang datang ke Malaysia semakin meningkat dari tahun ke tahun. Pelancong merupakan tunjang utama dan pihak berkepentingan dalam memastikan sektor pelancongan dapat digerakkan dan dimajukan dengan lebih pesat. Oleh itu, tahun melawat malaysia yang kedua dan ketiga telah dilaksanakan pada tahun 1994 dan 2007. Manakala tahun 2014 pula menjadi tahun melawat Malaysia yang keempat melalui kempen Malaysia Truly Asia.

Pelancongan juga menjadi satu bidang pelaburan baru yang dapat memacu pertumbuhan industri-industri lain yang berperanan sebagai wahana dalam pembangunan mega Malaysia menuju negara maju menjelang tahun 2020. Dalam sistem pelancongan, aspek yang perlu diberi penekanan adalah kewujudan pelancong, pembekal barangan ataupun perkhidmatan pelancongan, kerajaan dan juga tuan rumah destinasi yang terpilih. Keempat-empat elemen ini perlu terlibat dalam mewujudkan sebuah industri pelancongan. Apabila seseorang individu itu melancong, bermakna mereka adalah pelancong yang memerlukan perkhidmatan seperti penginapan dan pengangkutan. Dalam sistem pelancongan terdapat dua bahagian utama yang memainkan peranan dalam menentukan perkembangan dan kemajuan dalam industri pelancongan iaitu bahagian pasaran dan bahagian pembekalan. 

Kepesatan peningkatan sektor pelancongan ini telah menyebabkan lebih banyak prasarana disediakan untuk kemudahan para pelancong. Pada tahun 1970, kerajaan Malaysia mula membangunkan industri pelancongan untuk memenuhi beberapa objektif seperti peningkatan pendapatan dalam pertukaran mata wang asing, meningkatkan peluang pekerjaan dan pendapatan, menggalakkan pembangunan kawasan, mempelbagaikan ekonomi dan meningkatkan hasil kerajaan. Oleh itu, secara tidak langsung banyak peluang pekerjaan telah ditawarkan kepada penduduk tempatan samada dari segi buruh mahir atau kurang mahir. Justeru itu, ramai penganggur mendapat pekerjaan dan masalah pengangguran dapat dikurangkan. Industri pelancongan juga telah menggaji 1.7 juta pekerja atau hampir 16% daripada jumlah guna tenaga pada tahun 2008 (RMK 10).
Dalam tempoh Rancangan Malaysia ke-8, industri pelancongan mencapai prestasi yang baik seperti ditunjukkan dalam kadar pertumbuhan ketibaan pelancong dan pendapatan pelancongan. Peratusan pendapatan pelancongan daripada pendapatan akaun perkhidmatan dalam imbangan pembayaran meningkat daripada 32.7 peratus pada tahun 2000 kepada 43.0 peratus pada tahun 2005. Dengan mengambil kira jumlah kemasukan pelancong asing dan rakyat tempatan yang melancong ke luar negeri, sumbangan bersih pelancongan meningkat daripada RM11.2 bilion kepada RM18.1 bilion dalam tempoh yang sama. Pembangunan pelancongan juga menyumbang secara positif kepada perkembangan aktiviti dalam subsektor terutamanya industri hotel, kembara dan siar, peruncitan dan restoran serta pengangkutan. Hal ini menunjukkan sektor pelancongan memainkan peranan yang penting dalam meningkatkan pendapatan negara dan mempunyai potensi untuk membangunkan Malaysia menjadi sebuah negara maju (RMK 9). Hal ini terbukti apabila pada tahun 2008 Malaysia berada di kedudukan ke-16 dari segi pendapatan pelancongan dan turut menguasai hampir 2% daripada syer pasaran global pada tahun tersebut (RMK 10). Antara tahun 2006 sehingga tahun 2009 ketibaan pelancong meningkat sebanyak 43.6% kepada 23.6 juta orang dan industri pelancongan turut menjana pendapatan sebanyak  RM53.4 billion iaitu meningkat sebanyak 67.1% dalam tempoh tahun yang sama (RMK 10).
        Sememangnya sektor pelancongan merupakan sektor yang semakin giat berkembang pada masa kini. Banyak negara telah menfokus kepada sektor pelancongan supaya dapat dimajukan dan dapat mengembangkan ekonomi negara. Hal ini kerana perbelanjaan pelancong asing terutamanya menjadi penyumbang utama kepada ekonomi negara. Perkara ini dipengaruhi oleh faktor kadar pertukaran mata wang asing yang lebih tinggi. Semakin ramai ketibaan pelancong kesesuatu destinasi semakin banyak hasil pelancongan diperoleh. Malaysia juga tidak ketinggalan dalam usaha memajukan sektor pelancongan negara. Pelbagai usaha telah dilakukan oleh pihak kerajaan mahupun pihak swasta utuk memajukan sektor ini. Secara umumnya ketibaan pelancong ke Malaysia meningkat dari tahun ke tahun.
Sektor pelancongan sememangnya berkait rapat dengan pembangunan dan penerokaan alam semula jadi. Secara langsung, sektor itu membuka banyak kawasan semula jadi yang dahulunya tersorok dan tidak dikongsi oleh manusia. Ia kemudiannya dibangunkan dan masyarakat di seluruh dunia mengunjunginya. Sebagai contoh, di Malaysia, perubahan yang dialami oleh Pulau Langkawi akibat perkembangan industri pelancongan amat ketara. Dua dekad lalu, Pulau Langkawi hanya dihuni nelayan dan petani, persekitarannya dipenuhi dengan rumah-rumah kayu dan hutan menghijau. Kini, Langkawi terkenal sebagai pusat perdagangan bebas cukai yang dipenuhi bangunan-bangunan batu dan kereta menjalar. Walaupun sebahagian rimba dan hutan semula jadi pantai di pulau itu masih kekal, tidak bermakna ia tidak diusik.
Pembangunan industri pelancongan memberikan pelbagai kesan kepada Malaysia samada berbentuk positif ataupun negatif. Kesan pembangunan pelancongan boleh dibahagikan kepada ekonomi, alam sekitar dan sosio-ekonomi. Dari segi ekonomi kesan pelancongan adalah positif kerana ia membantu dalam pembangunan negara untuk menjadi lebih maju. Antara kesan ekonomi adalah meningkatkan pendapatan negara, menarik lebih ramai pelabur asing, banyak prasarana ditubuhkan untuk kemudahan pelancong, menyediakan peluang pekerjaan, guna tenaga meningkat dan pengangguran dapat dikurangkan. Dari segi alam sekitar pula pembangunan pelancongan memberi kesan seperti  perubahan dalam komposisi flora dan fauna, pencemaran persekitaran, hakisan tanah, sumber asli, impak penglihatan dan sebagainya. Manakala dari segi sosio-ekonomi turut memberikan kesan seperti memupuk persefahaman antara masyarakat sejagat, dapat mengetengahkan budaya tradisional negara kita kepada pelancong-pelancong asing, memberi peluang kepada masyarakat setempat untuk terlibat dalam aktiviti pelancongan disamping meningkatkan kualiti hidup masyarakat setempat. Pelancongan turut memberkan kesan negatif kerana kedatangan pelancong mampu menghakis nilai-nilai murni dalam kalangan masyarakat tempatan dan kes-kes jenayah akan meningkat akibat daripada kedatangan pelancong asing.
Walaubagaimanapun kesan luaran negatif yang dihasilkan sektor pelancongan adalah kurang serius berbanding sektor industri lain. Persatuan Pelancongan Asia Pasifik (PATA) percaya industri pelancongan hanya akan berkembang lebih pesat jika alam semula jadi dan kebudayaan dikekalkan dalam bentuk sebenarnya. Keindahan alam, wajib dikekalkan kerana tanpanya, sukar untuk industri pelancongan bergerak maju. Hal ini kerana antara faktor utama yang memotivasikan pelancong untuk melancong adalah keindahan alam semuladi yang dimiliki oleh destinasi pelancongan. Secara keseluruhannya sektor pelancongan telah menyumbangkan pelabagai faedah untuk memajukan Malaysia. Setelah kerajaan mengambil langkah untuk memajukan sektor ini didapati sumbangannya kepada pendapatan negara meningkat dari tahun ke tahun. Oleh itu adalah amat penting sektor ini digiatkan lagi usaha untuk dimajukan sehingga dikenali dimata dunia supaya pelancong antarbangsa dari pelbagai negara di dunia tertarik untuk melancong ke Malaysia.